Bantu percepat program imunisasi Covid-19 penduduk Panching Selatan - Utusan Malaysia

Bantu percepat program imunisasi Covid-19 penduduk Panching Selatan

ANGGOTA tentera membantu penduduk Panching yang hadir ke CIMIC, Program Imunisasi Covid-19, di Dewan Semai Bakti Felda Panching Selatan di Kuantan, Pahang. - FOTO IHSAN ATM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dalam usaha mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mencapai imuniti kelompok di daerah ini, Civil-Military Cooperation (CIMIC) membantu kira-kira 1,840 penduduk Felda Sungai Panching Selatan dan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Panching mendapatkan vaksin di sini hari ini.

Program yang dikelolakan Markas Angkatan Bersama itu diadakan tiga hari sehingga 5 Ogos ini di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Panching Selatan di sini.

Berdasarkan kenyataan yang keluarkan Markas Angkatan Bersama, dijangka seramai 600 orang penduduk akan divaksin pada setiap hari. 

“Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah yang menyediakan vaksin dan petugas kesihatan.

“Pengurusan Felda Sungai Panching, Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Penduduk (JKKK) Felda Sungai Panching Selatan dan JKKK PAKR Panching turut bekerjasama membantu menjayakan program ini. 

“Bagi dos kedua pula dijangka akan diberikan kepada penduduk pada 24 Ogos ini,” kata kenyataan itu. 

Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd. Shahar Abdullah dan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Yazid Arshad turut hadir meninjau perjalanan program.

Sementara itu, Markas Angkatan Bersama berharap dapat terus melaksanakan program berimpak tinggi ini kepada rakyat negara ini melalui rancangan beberapa lagi siri program CIMIC pada masa akan datang. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN