Ambil tindakan kepada Ahli Parlimen berhimpun - Utusan Malaysia

Ambil tindakan kepada Ahli Parlimen berhimpun

ZAZALI Alias (tengah) bersama wakil beberapa buah lagi NGO menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat mereka di IPD Seremban, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan Ahli Parlimen yang terlibat dalam perhimpunan di Dataran Merdeka di ibu negara semalam.

Desakan itu hadir daripada lima buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini pagi tadi berkaitan perhimpunan tersebut.

NGO terbabit antaranya Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Semalaysia (Permas) Negeri Sembilan, Gagasan Aspirasi Pembangunan Ekonomi Nasional (GAPEN) dan Pertubuhan Jalinan Silaturahim Negeri Sembilan turut menggesa tindakan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan baju hitam pada 31 Julai lalu.

Pengerusi Permas Negeri Sembilan, Zazali Alias berkata, penganjuran dua perhimpunan itu ternyata mencabar pihak berkuasa dan kerajaan. 

“Kami sebagai NGO berharap perkara itu tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan undang-undang yang sewajarnya. 

“Pihak berkuasa perlu mendakwa pihak penganjur dan semua yang menyertai perhimpunan itu yang jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana diadakan ketika negara berperang dengan pandemik Covid-19,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Zazali, sebagai ahli Parlimen yang merupakan seorang pemimpin mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat yang lain.

“Tindakan mengadakan perarakan ke Parlimen jelas menunjukkan sikap pemimpin yang tidak matang,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN