22,262 kes positif ; 223 kematian; 1,035 kes ICU - Utusan Malaysia

22,262 kes positif ; 223 kematian; 1,035 kes ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 22,262 kes berbanding semalam, 23,564 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 18,576 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 223 kematian dicatatkan dengan 1,035 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 513 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 260,880 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 7,011 kes diikuti Sabah (2,651), Sarawak (1,964), Kedah (1,880), Johor (1,558), Pulau Pinang (1,459), Kuala Lumpur (1,220) dan Kelantan (1,039).

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Perak (946), Melaka (882), Pahang (664), Terengganu (495) dan Negeri Sembilan (405).

“Satu wilayah dan negeri pula mencatatkan kes dua angka iaitu Putrajaya (41) dan Perlis (38) manakala Labuan hanya sembilan kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN