[VIDEO] Yong Siput cedera digigit anjing - Utusan Malaysia

[VIDEO] Yong Siput cedera digigit anjing

ANAK gajah dinamakan Yong Siput yang dijumpai di bawah jambatan besi di Perkampungan Orang Asli Poi di Sungai Siput hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Seekor anak gajah betina yang dipercayai terpisah daripada kawanannya ditemukan di bawah jambatan besi di Perkampungan Orang Asli Poi dekat sini hari ini.

Anak gajah yang dinamakan Yong Siput itu berusia dua tahun dengan anggaran berat 60 ke 70 kilogram dan dijumpai pekerja ladang kelapa sawit pada pukul 7.30 pagi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, terdapat kesan kecederaan dan luka di badan anak gajah itu dipercayai digigit anjing.

YONG Siput berusia dua tahun dan terdapat kesan cedera serta luka di badan anak gajah itu. – VIDEO/ASLIZA MUSA

Katanya, rawatan awal telah diberikan kepada mamalia itu dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Anak gajah itu telah dibawa ke Pejabat Perhilitan Sungai Siput. Terdapat luka-luka kecil pada tubuh mamalia itu dipercayai digigit anjing. 

“Rawatan luka telah diberikan dan anak gajah itu kini dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, anak gajah tersebut akan dihantar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN