Warisan ingatkan PN jangan angkuh, buka Parlimen segera - Utusan Malaysia

Warisan ingatkan PN jangan angkuh, buka Parlimen segera

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya segera mengadakan persidangan Parlimen seperti yang dititahkan sekali lagi oleh Yang di-Pertuan Agong semalam.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerajaan PN tidak perlu bersikap angkuh seolah-olah mengetahui semua perkara kerana rakyat sedang menderita pada masa ini.

Beliau berkata, Malaysia mengamalkan pemerintahan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang perlu dihormati dan dipertahankan. 

“Selaras dengan titah Agong yang mahu persidangan Parlimen diadakan segera menunjukkan bahawa baginda sangat prihatin dan memahami kesusahan yang dihadapi rakyat. 

“Sudah tentu banyak perkara dapat dibincangkan, diselesaikan dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat, terutama perkara-perkara berkaitan Ordinan Darurat Covid-19. 

“Sekali lagi saya menyatakan bahawa titah Agong supaya Parlimen perlu bersidang segera diambil perhatian oleh kerajaan PN, khususnya pentadbiran Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Shafie, pada masa ini, ramai rakyat hilang punca pendapatan, syarikat perniagaan pula tidak dapat meneruskan operasi dan terpaksa membuang pekerja. Begitu juga peniaga-peniaga kecil yang terpaksa gulung tikar. 

Pada masa ini, banyak keluarga terputus bekalan makanan dan anak-anak tiada susu. Ramai yang tidak dapat menyediakan bekalan makanan asas dan berdepan kesempitan hidup.

Menurut Ahli Parlimen Semporna ini, beliau bimbang sekiranya situasi ini tidak diatasi segera, ia akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

Tambahnya, keadaan sekarang amat membimbangkan kerana masyarakat dunia bukan hanya berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam aspek ekonomi, tetapi juga kematian akibat pandemik Covid-19.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya