Warga emas ditemukan meninggal dunia di hentian bas - Utusan Malaysia

Warga emas ditemukan meninggal dunia di hentian bas

SEORANG warga emas ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di hentian bas Taman Kerang di Kuantan, Pahang. - IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia di hentian bas di Taman Kerang berhampiran Masjid Negeri di sini kira-kira pukul 4 petang semalam.

Ketua polis daerah, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusof Ali berkata, anggota penyiasat segera ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat. 

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati mangsa yang berusia 65 tahun itu terbaring di atas tempat duduk hentian bas dalam keadaan berdarah di bahagian mulut dan terdapat kesan tompokan darah di atas simen berhampirannya.

“Hasil siasatan ke atas beberapa orang kenalan mangsa memberitahu mangsa keluar ke bandar untuk melihat kedai kiosknya di Taman Kerang. 

“Selepas itu saksi mendapati mangsa batuk dan mengeluarkan darah dan seterusnya terbaring tidak sedarkan diri sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan MERS 999 untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mohammad Noor berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Pemeriksaan dijalankan tidak menemukan sebarang perlakuan kesalahan jenayah ke atas tubuh badan mangsa. 

“Mangsa, kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik HTAA untuk tindakan lanjut dan keputusan ujian saringan Covid-19 adalah negatif,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN