Wanita warga emas acu sabit kerana berang ditegur - Utusan Malaysia

Wanita warga emas acu sabit kerana berang ditegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Hanya kerana berang ditegur memandu melawan arus, seorang wanita warga emas bertindak mengacukan sabit dan cuba memukul seorang lelaki dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan Taman Bukit Segar, di sini, semalam.

Ekoran perselisihan faham itu, menyebabkan kejadian tersebut tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, satu laporan diterima pihaknya yang dibuat oleh lelaki terlibat mengenai tindakan  wanita berusia 66 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa menegur wanita terbabit kerana memandu bertentangan di jalan sehala menyebabkan mengganggu pengguna yang lain di kawasan itu.

“Suspek kemudian keluar dan menunjukkan kad orang kurang upaya (OKU) sambil mengangkat tongkat diikat sabit serta cuba memukul mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas laporan polis tersebut, wanita terbabit ditahan hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang melihat kejadian terbabit diminta supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Ahmad Faizal Hassan di talian 019-7691924 atau 03-89114222.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya