Urusan pindah dibenarkan dalam tempoh PKP 3.0 - Utusan Malaysia

Urusan pindah dibenarkan dalam tempoh PKP 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Urusan perpindahan di hartanah strata dan bertanah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa 1 adalah dibenarkan berkuat kuasa serta merta.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan semalam.

Menurutnya, pemilik hartanah terbabit perlu mendapatkan kebenaran polis bagi diri mereka dan pengendali perpindahan.

“Bagi hartanah strata, pemohon perlulah memaklumkan tarikh dan masa perpindahan serta maklumat pengendali perpindahan kepada pihak pengurusan strata.

“Prosedur standard operasi (SOP) pengurusan strata yang telah dikemas kini boleh dimuat turun di laman web KPKT di www.kpkt.gov.my,” katanya.

Katanya, kerja-kerja pemasangan keperluan asas seperti jeriji besi dan perkakasan elektrik bagi membolehkan sesuatu hartanah selamat didiami adalah dibenarkan dengan mematuhi SOP Pembinaan oleh Kementerian Kerja Raya dan di www.cidb.gov.my.

Pada masa sama, KPT memaklumkan, urusan pemasangan baru perkhidmatan internet dan komunikasi di bawah Sektor Penyenggaraan Bangunan dan Fasiliti dan Sektor Pengurusan Strata turut dibenarkan susulan pindaan kepada SOP sedia ada.

“Bagaimanapun, perpindahan dan pemasangan baharu perkhidmatan internet dan komunikasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak
dibenarkan.

“KPKT turut memohon kerjasama pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk memaklumkan perkembangan terkini ini kepada Badan Pengurusan Joint Management Body (JMB)/Management Corporation (MC) di kawasan masing-masing, di samping memantau pematuhan SOP Sektor Pengurusan Strata di sepanjang tempoh PKP ini.

“Kebenaran ini tertakluk kepada SOP semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Bahagian Perkhidmatan Perbandaran (Sektor Pengurusan Strata), KPKT di talian 03- 8891
4330/4347. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN