UPKO bersolidariti bersama Syed Saddiq - Utusan Malaysia

UPKO bersolidariti bersama Syed Saddiq

EWON BENEDICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALIU: Pertubuhan Kinabalu ProgResif Bersatu (UPKO) menyuarakan sokongan moral dan bersolidariti bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kini didakwa berhadapan tekanan politik.

Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick berkata, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu menjadi inspirasi kepada ramai orang kerana prinsipnya yang menentang korupsi.

“Syed Saddiq merupakan inspirasi kepada ramai orang termasuk saya dan kami bersolidariti bersama kamu.

“Terlalu ramai pengecut politik di luar sana dan pengecut-pengecut ini akan gagal dalam usaha mereka membunuh karier politik anda sama seperti mereka gagal dalam menguruskan negara ini.

“Anda tidak bersendirian, saya bersama pimpinan UPKO bersama-sama dengan anda,” katanya dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian ini berkata, Syed Saddiq dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan pecah amanah dan salah guna wang kempen dan pertuduhan ini cukup jelas bermotifkan politik.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga rela dibicarakan kerana menganggap pertuduhan itu bermotifkan politik berikutan keengganan beliau memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN