Tempoh 20 hari teliti Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka - Utusan Malaysia

Tempoh 20 hari teliti Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka

(Dari kiri) ABD RAHMAN ABD GHANI,MAHADI DAUD dan OMAR HUSSIEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN : Peneroka Felda mempunyai masa 20 hari lagi untuk meneliti dan mengkaji isi kandungan perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka sehingga 11 Ogos ini.

Rata-rata peneroka memuji pentadbiran Felda kerana memberi ruang kepada mereka untuk meneliti perjanjian sebelum ditandatangani .

Ketua Peneroka Felda Kota Gelanggi 1, Abd Rahman Abd Ghani,58, berkata, lanjutan tempoh menandatangani itu sangat wajar dan menepati kehendak warga Felda terutama generasi baharu.

“ Rata-rata generasi pertama tiada masalah untuk menandatanganinya kerana inilah yang diperjuangkan   selama ini.

“ Potongan hutang bayaran kembali ( BK) saya sekarang hanya RMM600 sebulan berbanding RM1,300 sebelum ini setelah menantangani perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka itu,“ katanya kepada Utusan Online hari ini.

Menurutnya, perjanjian Pelarasan Pinjaman ini menjadi polemik berikutan kebanyakan generasi baharu Felda mentafsir kandungan pada `sisi pandangan orang muda`.

Seorang penerokawati Felda Keratong 10, Rompin Ra`asidah Arshad menyifatkan potongan hutang kebun  peneroka sehingga 80 peratus satu hadiah kepada mereka sebagai penyumbang besar ekonomi negara.

Tambah beliau, Felda bersifat adil kerana memberi lebih masa kepada peneroka dan warisnya meneliti isi kandungan perjanjian sebelum ditandatangani. Ketua Peneroka Felda Sebertak Bera Omar Hussien berasa lega setelah dibuat penyelarasan hutang dia hanya berbaki RM40,000.

` Jumlah keseluruhan hutang saya sebelum ini sebanyak RM140,000 tetapi setelah dibuat pelarasan hutang 80 peratus   jumlah banyak berkurang.

“ Ini bermakna potongan jumlah hutang selepas ini tidak membebankan lagi,“ katanya yang juga Alumni Majlis Belia Felda Negeri Pahang.

Peneroka Felda Bukit Tajau, Mahadi Daud,60, yang menyokong Pelarasan Pinjaman Peneroka itu tetapi berpendapat terdapat klausa perjanjian perlu diperbaiki supaya wujud situasi` menang-menang`.

Beliau berkata, lanjutan tempoh masa meneliti dan menandatangani  Pelarasan Pinjaman perlu diambil peluang oleh peneroka bagi mengelakkan `rumah siap pahat berbunyi`.

Penerokawati Felda Jengka 19, Khatijah Taha,58, menyerahkan keputusan menandatangani Pelarasan Pinjaman Peneroka kepada anaknya sebagai pentadbir ladang.

KHATIJAH TAHA

“ Saya hanya mengharapkan yang terbaik sahaja. Jasa Felda tetap dikenang dan tidak mungkin dilupakan`, katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN