Syabas Aaron Chia-Soh Wooi Yik! - PM - Utusan Malaysia

Syabas Aaron Chia-Soh Wooi Yik! – PM

Soh Wooi Yik dan Aaron Chia meraikan kejayaan mereka menewaskan pasangan Indonesia untuk menang pingat gangsa Olimpik Tokyo. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah di atas kejayaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menyumbangkan pingat pertama buat negara.

Menurut Perdana Menteri, pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang diraih malam ini tentunya mampu menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada atlet-atlet negara yang lain untuk memburu kilauan pingat seterusnya.

“Kemenangan dan sumbangan pingat yang amat diharap serta dinanti-nantikan oleh seluruh peminat sukan tanah air.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasangan Aaron Chia-Wooi Yik, serta barisan kejurulatihan atas sumbangan pingat sulung buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Tokyo ini,” katanya dalam Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut memberikan kata-kata semangat buat pasangan muda negara itu untuk terus berusaha dan berjuang demi negara.

“Anda telah membuktikan yang negara boleh menaruh harapan kepada anda. Tahniah, anda kebanggaan Malaysia! Syabas! Demi Malaysia! ” katanya.

Beregu lelaki negara memperoleh gangsa dalam aksi penentuan tempat ketiga, sebentar tadi.

Beregu No. 1 negara itu menundukkan Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dengan keputusan 17-21, 21-17, 21-14 dalam aksi hampir satu jam di Musashino Forest Sport Plaza.

Kemenangan tersebut membolehkan Aaron Chia-Wooi Yik menokok kepada dua kemenangan sepanjang sembilan pertemuan dengan ‘The Dadies’.

Kejayaan itu juga menyaksikan beregu No. 9 dunia itu meneruskan legasi sukan badminton negara untuk membawa pulang pingat sejak 2008.

Malaysia meletakkan sasaran tiga pingat menerusi badminton, terjun dan berbasikal trek dalam edisi kali ini, dengan salah satu daripadanya adalah emas.

Terdahulu, Aaron Chia-Wooi Yik melakar kejutan mara ke separuh akhir apabila mengatasi beregu No. 1 dunia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dari Indonesia menerusi kemenangan 21-14, 21-17. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.