Rakyat sambut baik inisiatif Gobok Rakyat Johor - Utusan Malaysia

Rakyat sambut baik inisiatif Gobok Rakyat Johor

HASNI Mohammad (kanan) membantu salah seorang penerima mengambil keperluan asas yang diberikan kerajaan negeri menerusi program Gobok Rakyat Johor di Pejabat Penghulu Mukim Jelutong, Gelang Patah, di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Penduduk negeri ini menyambut baik inisiatif Gobok Rakyat Johor yang dijalankan kerajaan negeri dalam usaha meringankan beban rakyat yang kini terkesan akibat pandemik Covid-19.

Salah seorang penerima, Kamarudin Jumaat, 37, berkata, inisiatif itu membantu individu sepertinya yang menghadapi masalah kewangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Saya bekerja sebagai pemandu teksi di kawasan Gelang Patah. Sejak pandemik ini melanda, pelanggan berkurangan dan telah menjejaskan pendapatan saya untuk menyara keluarga.

“Dengan adanya program sebegini, saya yakin ia dapat membantu golongan yang memerlukan, mungkin tidak secara menyeluruh tetapi ia tetap meringankan beban,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad meninjau pelaksanaan program Gobok Rakyat Johor yang diumumkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 di Pejabat Penghulu Mukim Jelutong, Gelang Patah.

Program itu menyasarkan golongan asnaf, fakir, B40 dan M40 atau yang terputus bekalan makanan dan barangan keperluan akibat pandemik Covid-19.

Program tersebut membolehkan orang ramai mengambil makanan atau barangan keperluan asas yang disediakan di pusat-pusat Gobok Rakyat Johor mengikut daerah masing-masing.

Seorang lagi penerima, Muhammad Mustakim Sadeli, 30, pula memberitahu, dia antara yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang telah berlarutan selama lebih satu tahun ini.

“Ramai yang terjejas sepanjang tempoh PKP ini khususnya mereka yang dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

“Program Gobok Rakyat Johor ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik dan saya harap ia akan diteruskan pada masa akan datang sehingga keadaan ekonomi pulih kembali,” ujarnya- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.