PTPTN bantu lapan beradik - Utusan Malaysia

PTPTN bantu lapan beradik

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyalurkan bantuan dengan kadar segera kepada lapan adik beradik yang kehilangan kedua ibu-bapa akibat Covid-19.

Pengerusinya Datuk  Wan Saiful Wan Jan berkata, kelulusan peruntukan kewangan telah diluluskan dengan segera dan akan disampaikan  pegawai PTPTN secepat mungkin. 

Katanya, PTPTN akan membuat penilaian terperinci termasuk memberi sumbangan berbentuk Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada mereka.

” Saya tahu bantuan yang disalurkan ini tidak akan dapat menggantikan ibu bapa yang telah pergi meninggalkan mereka.

” Tetapi kita sama-sama doakan agar sedikit pembelaan ini akan membantu meringankan bebanan yang ditanggung. Semoga anak-anak ini akan dapat menempuh ujian getir yang mereka lalui dengan sabar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lapan beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kedua-dua ibu bapa mereka pergi buat selama-lamanya dalam tempoh tiga hari akibat wabak Covid-19.

Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, bersama tujuh adiknya yang berumur antara 18 hingga empat tahun kini tinggal di rumah saudara mereka di Bukit Beruntung, Rawang.-UTUSAN ONLINE- 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN