Pintas Utama agih daging korban kepada 1,500 keluarga - Utusan Malaysia

Pintas Utama agih daging korban kepada 1,500 keluarga

Ir. MARHALIM Mohamed (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan daging korban kepada wakil penduduk Pangsapuri Nervillia yang dikenali sebagai Pak Ayub di Surau Al-Firdaus di Kota Kemuning, Shah Alam baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING  JAYA : Sempena  sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, Pintas Utama berkongsi rezeki dengan mengagihkan 1,500 bungkusan daging korban kepada pekerja dan penerima bantuan melalui Yayasan Pintas Utama (YPU) di bawah program Korban Perdana Pintas Utama.

Program Korban Perdana itu dilaksanakan di pusat penyembelihan berdaftar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak penularan varian Covid-19.

Penyerahan daging korban itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Ir. Marhalim Mohamed kepada penerima di sekitar kawasan Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor pada 25 Julai lalu.

“Amalan berkongsi rezeki seperti ini merupakan usaha untuk mendapatkan keberkatan Allah S.W.T, memahami kebaikan amalan bersedekah serta menghayati hikmah menyambut Hari Raya Aidiladha meskipun berada dalam situasi pandemik Covid-19 ”, kata Ir. Marhalim.

Menurutnya, bantuan yang dilaksanakan itu sebagai salah satu usaha menggalakkan semangat bersedekah, sekali gus menjadikan amalan tersebut budaya hidup kerana setiap rezeki yang diterima itu “mengandungi rezeki untuk orang lain”.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti itu sudah lama dilaksanakan di bawah YPU dan tidak akan terhenti setakat itu sahaja kerana Pintas Utama komited untuk terus menghulurkan bantuan bagi memastikan tiada insan kurang berkemampuan tercicir.

“Kerja-kerja amal seperti ini membuktikan komitmen Pintas Utama sebagai sebuah syarikat yang memegang teguh kepada syiar Islam, memperlihatkan tiada jurang perbezaan dalam kalangan masyarakat dan menyedari hikmah pada masa akan datang”, tambah Ir. Marhalim.

Sebelum ini, syarikat Bumiputera yang berpengalaman hampir tiga dekad menyediakan kepakaran kejuruteraan awam dan infrastruktur itu juga mengambil beberapa pendekatan sebagai usaha memerangi penularan Covid-19.

Ini termasuk berdedikasi dalam memastikan keselamatan pengguna menerusi kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan cerun serta terus berusaha menyantuni semua golongan tanpa mengambil kira perbezaan.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN