Penduduk Sri Andalas laksana sanitasi bimbang jangkitan Covid-19

Penduduk Sri Andalas laksana sanitasi bimbang jangkitan Covid-19

PENDUDUK Taman Sri Andalas, ahli pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat korporat bergambar sebelum program sanitasi di kawasan komersial dan Pangsapuri Taman Sri Andalas Klang, Selangor hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Bimbang dengan penularan pandemik Covid-19, warga Pangsapuri Taman Sri Andalas, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama syarikat korporat melaksanakan kerja sanitasi di kawasan pusat komersial Taman Sri Andalas hari ini.

Menurut wakil penduduk Pangsapuri Sri Andalas, Mohd. Shahrin Mohd. Tamin, 42, pihaknya mengadakan program sanitasi tersebut sejak Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) diwujudkan di Dewan Sukan Klang yang terletak tidak jauh dari kawasan tersebut.

“Kita bimbang berlaku jangkitan dalam komuniti disebabkan ada pesakit Covid-19 yang memakai gelang dilihat datang ke kedai membeli barang.

“Ini yang menyebabkan saya dan lain-lain pihak mengadakan program sanitasi sekitar Pangsapuri Taman Sri Andalas, pusat komersial termasuk di kawasan berhampiran CAC tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, kehadiran CAC di Taman Sri Andalas mengundang bantahan penduduk yang bimbang risiko jangkitan sporadik daripada pesakit Covid-19 yang datang membuat penilaian jangkitan Covid-19.

Yang turut hadir adalah Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 7 Seri Mersing Taman Sri Andalas, Saijan Sikon, Pengerusi 99 Kesan, Muhd.Ali Zakariah dan wakil Prima World Development Sdn Bhd, Dr. Cheong Wi-Liam.

Sementara itu Saijan berkata, pihaknya berharap sanitasi berkala dilakukan pihak berkuasa di kawasan tersebut sehingga CAC sedia ada dipindahkan.

“Kita juga berharap CAC di sini dipindahkan sebagaimana dijanjikan.

“Kita memahami bukan mudah untuk memindahkan CAC tersebut, harapan kita agar ia segera dipindahkan,” luahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN