Pejuang tidak boikot sidang Parlimen kali ini - Utusan Malaysia

Pejuang tidak boikot sidang Parlimen kali ini

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan pihaknya terpaksa hadir  perbahasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan berlangsung beberapa hari dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, semua Ahli Parlimen dari partinya tiada pilihan kerana tidak mengetahui perancangan kerajaan Perikatan Nasional.

“Kami terpaksa hadir malah tiada pilihan kerana kami (Pejuang) tidak tahu apa yang kerajaan sekarang buat.

“Sekiranya kami (pembangkang) tidak hadir, dewan kosong dan tiada kritikan,” katanya dalam sidang akhbar secara maya hari ini.

Utusan Online hari ini melaporkan beberapa ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan ketidakhadiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggulung perbahasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

Mereka juga mempersoalkan tindakan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz yang menjawab bagi pihak Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu amat memalukan kerana belum pernah berlaku dalam sejarah perjalanan Parlimen.

“Sepatutnya Perdana Menteri jawab kerana ini isu penting, ini amat memalukan,” katanya.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) pula berkata, Timbalan Perdana Menteri boleh menjawab bagi pihak Perdana Menteri.

“Mana pergi Perdana Menteri, kalau tiada PM, Timbalan Perdana Menteri boleh jawab,” soal beliau.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN