KANGAR: Pandemik Covid-19 yang sudah memasuki tahun kedua menyebabkan pasangan yang ingin berpoligami `mati kutu` kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pintu sempadan yang masih ditutup. Malah pihak terlibat dengan pernikahan di Selatan Thailand yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia dari seluruh negara untuk bernikah di negara jiran, juga tidak membenarkan upacara nikah dijalankan secara dalam talian. Keadaan itu turut menyebabkan ejen nikah Siam yang sebelum ini menguruskan pasangan termasuk…