PETALING JAYA: UMNO masih mengekalkan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu ‘No Anwar, No DAP, No Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)’. Ini berikutan wujud dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan jajaran baharu yang bakal dibentuk UMNO nanti dijangka melibatkan Pakatan Harapan (PH). Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya tidak pernah berbincang mengenai jajaran baharu itu melibatkan PH atau sebaliknya. “Tidak pernah bincang soal itu. Yang masih terpakai…