Motosikal terbabas, lelaki terperangkap 30 minit dalam longkang - Utusan Malaysia

Motosikal terbabas, lelaki terperangkap 30 minit dalam longkang

ANGGOTA bomba mengeluarkan lelaki yang terperangkap dalam longkang di Jalan Proton City, Bandar Proton City dekat Tanjung Malim hari ini. - GAMBAR IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang penunggang motosikal terperangkap hampir 30 minit di dalam longkang sedalam tiga meter dekat Jalan Proton City, Bandar Proton City di sini hari ini.

Mangsa berusia 38 tahun itu terjatuh ke dalam longkang setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd. Zairul Fahmi Mohd. Nazari berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 7.06 petang.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati terdapat sebuah motosikal bersama seorang lelaki berada di dalam longkang berkenaan.

“Operasi menyelamatkan lelaki terbabit segera dijalankan dengan dua anggota terpaksa turun ke dalam longkang yang sempit bagi mengangkat mangsa keluar.

“Mangsa yang dalam keadaan lemah dan cedera itu diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 7.30 petang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.