MBS pasang 3,000 Jalur Gemilang, bendera Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

MBS pasang 3,000 Jalur Gemilang, bendera Negeri Sembilan

SEBAHAGIAN Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sembilan yang telah dipasang di bandar ini oleh pihak MBS bagi menyambut ketibaan bulan Kemerdekaan tahun ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menyediakan sebanyak 3,000 Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sembilan bagi dipasang di seluruh kawasan pentadbirannya sempena ketibaan bulan kemerdekaan tahun ini.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali dalam satu kenyataan memaklumkan, pemasangan sebanyak 1,500 Jalur Gemilang dan 1,500 bendera Negeri Sembilan itu telah dimulakan sejak 29 Julai lalu.

“Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2021 dengan bertemakan Malaysia Prihatin tetap disambut oleh MBS secara sederhana.

” Walaupun negara dilanda pandemik Covid-19, semangat kibarkan Jalur Gemilang pada bulan Ogos tetap diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Masri memaklumkan, MBS turut mengedarkan surat pemakluman kepada setiap premis perniagaan agar mengibarkan bendera di premis masing- masing.

Jelas beliau, ia bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan pada kali ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya