Luluh hati netizen apabila ibu bersalin meninggal dunia akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Luluh hati netizen apabila ibu bersalin meninggal dunia akibat Covid-19

ahmad samhan awang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Samhan Awang berkongsikan kisah sedih mengenai ibu yang bersalin di hospital hari ini.

Katanya, seramai tiga ibu hamil yang bersalin menggunakan kaedah caesarean telah meninggal dunia akibat Covid-19.

“Belum sempat cium anak dan anak belum kenal ibunya,” katanya di akaun Facebook miliknya.

Tangkap layar status yang dimuat naik Dr. Ahmad Samhan Awang di Facebook.

Perkara itu disahkan oleh salah seorang netizen, Noreen yang mengakui salah seorangnya merupakan kakak angkatnya.

Ia menyentuh hati Ziela Yusoff yang sedang sarat mengandung ketika ini.

“Risau bila dengar berita begini doktor..saya pun bersalin juga, masih bekerja macam biasa.. harap Allah lindungi selalu..Amin,” katanya.

Rafidah A Rahman turut mendedahkan anak saudaranya disahkan positif Covid-19.

“Positif Covid-19 dengan kandungan dua bulan lebih. Doakan bang, akak ipar dan anak-anak buah saya,” katanya.

Nurul Arisya juga bimbang dengan kesihatan kandungannya.

“Takut nya..saya pun baru lagi mengandung baru nak masuk tiga bulan dan bekerja macam biasa untuk simpanan nak beli barang anak bakal lahir makan sehari-hari, doakan saya semoga dijauhkan penyakit Covid-19,” katanya.

Di sebalik kesedihan itu, Hafifah Muhammad mendoakan ibu-ibu bersalin yang telah meninggal dunia.

“Semoga ibu-ibu yang meninggal syahid ditempatkan di syurga. Malaysia dah makin lama makin kritikal. Semoga Allah melindungi frontliner di luar sana,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.