Kluster tempat kerja paling banyak; wanita majoriti maut Covid-19 - Utusan Malaysia

Kluster tempat kerja paling banyak; wanita majoriti maut Covid-19

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan pertambahan 26 kluster baharu dengan didominasi 15 kluster tempat kerja, enam kluster komuniti, tiga kluster pusat tahanan dan dua pendidikan tinggi. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor dan Johor masing-masing tujuh kluster; Kuala Lumpur, lima kluster; Melaka dan Kelantan, masing-masing dua kluster manakala Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak, masing-masing satu kluster. 

Kluster tempat kerja katanya, Industri Teknologi Cheng Satu di Melaka Tengah, Melaka (68); Jalan Anggerik Muar di Muar, Johor (68); Industri Jalan Perusahaan Lima di Hulu Langat, Selangor (48); Industri Jalan Besi Satu di Kulai, Johor (45); Salak Land di Kuching, Sarawak (41); Persiaran Tun Perak di Hulu Langat, Selangor (29) dan Industri Batu 34 Dengkil – Banting di Sepang (27). 

“Bakinya, Jalan Angkasa Mas Dua di Johor Bahru, Johor (18); Persiaran Anggun di Gombak, Selangor (16); Jalan Seri Utara di Kepong, Selangor (14); Satu Timur di Sabak Bernama, Selangor (14); Bintang Meranti di Lembah Pantai, Kepong, Titiwangsa, Cheras, Kuala Lumpur (13); Lebuh Tanjung Satu di Johor Bahru, Johor (12); Industri Dewani Satu di Johor Bahru, Johor (7) dan Jalan Pinang di Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur (7). 

“Kluster komuniti pula, Sri Sabah di Cheras, Kuala Lumpur (91); Desa Temuan di Petaling, Selangor (55); Kota Klias di Beaufort, Sabah (44); Taman Pelangi Kluang di Kluang, Johor (17); Jalan Kampung Permatang Pasir di Bachok, Kelantan (14); Langkap di Kuala Pilah, Negeri Sembilan (12) manakala Kluster Pusat Tahanan, Tembok Pengkalan Chepa 2, di Kota Bharu dan Machang, Kelantan (105); Tembok Ayer Keroh di Melaka Tengah, Jasin

dan Alor Gajah, Melaka (42); Pagar Tropika Satu di Johor Bahru, Johor (34) serta Kluster Pendidikan Tinggi, Jalan Gombak 3 di Gombak, Selangor (62) dan Lingkaran Wawasan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (40),” katanya dalam sidang akhbar hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia merekod peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 13,215 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 6,095 kes. 

Katanya, sebanyak 110 kematian dicatatkan dengan 885 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 432 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 108,369 kes aktif. 

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,120 kes diikuti Negeri Sembilan (1,603), Kuala Lumpur (1,499), Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509), Melaka (484), Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344), Kelantan (255) dan Pahang (222). 

“Hanya satu negeri dan dua wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Terengganu (70), Labuan (26) dan Putrajaya (53) manakala Perlis, tiga kes,” katanya. 

Mengulas mengenai 110 kematian, beliau berkata, Selangor terus kekal menjadi penyumbang terbanyak iaitu 45 kes diikuti 23 kes di Kuala Lumpur, 11 kes di Negeri Sembilan, tujuh kes di Johor, lima  kes di Pahang, masing-masing empat kes di Kedah dan Sarawak, masing-masing tiga kes di Melaka dan Kelantan, dua kes di Sabah, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Perak, dan Labuan.

“Seramai 49 lelaki dan 61 wanita dengan termasuk 15 warga asing, 15 kes meninggal dunia di rumah dan 19 pesakit tiada latar belakang penyakit,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN