fbpx

Kejora sumbang RM500,000 untuk Tabung Bencana Negeri Johor

Che Zakaria Mohd. Salleh (kiri) menyampaikan replika cek bantuan kepada Hasni Mohammad di Iskandar Puteri, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) terus komited bersama-sama kerajaan negeri Johor dalam usaha mendepani dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 melalui sumbangan RM500,000 ke Tabung Bencana Negeri Johor.

Pengerusi Kejora, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh berkata, sumbangan itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya  dalam menyahut dan menyokong seruan kerajaan bagi menyumbang ke dalam tabung berkenaan untuk membantu dan memberi manfaat kepada lebih ramai pihak yang memerlukan.

Menurutnya, bagi tahun ini, setakat ini Kejora melaksanakan sebanyak 13 inisiatif program sumbangan dan outreach vaksinisasi Covid-19 Wilayah Kejora melibatkan peruntukan berjumlah RM889,150 dengan 8,168 penerima seperti Program Penyampaian Baucar Covid-19, Program Back To School, Program Sumbangan Bakul Makanan, Program Outreach Daftar Vaksin Covid-19 dan Free Ride To Vac.

“Kejora akan terus komited dalam membantu membangunkan agenda modal insan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di kawasan Johor Tenggara. 

“Diharapkan kerjasama strategik antara agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pemimpin setempat dapat diteruskan untuk diperkasakan dalam menghapuskan wabak Covid-19,” katanya.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Che Zakaria Mohd. Salleh kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di Pejabat Menteri Besar Johor, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Samsolbari Jamali; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Datuk Mohd. Noh Ibrahim; Pengurus Besar Kejora, A. Jalil Md. Arsad dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Kejora, Daud Abd Rahman. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI