Kebenaran walk-in selepas penerima MySejahtera divaksin - Utusan Malaysia

Kebenaran walk-in selepas penerima MySejahtera divaksin

Hajiji Noor (kanan) diiringi Rose Nani (tengah) dan Taufiq (kiri) semasa melawat PPV UMS hari ini-IHSAN JABATAN KETUA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sabah akan membenarkan pemberian vaksin secara walk-in apabila semua individu yang berdaftar menerusi aplikasi MySejahtera selesai menerima vaksin.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Rose Nani Mudin berkata, jika dilihat masih ramai penerima vaksin yang berdaftar belum menerima tarikh janji temu mereka.

“Maka, sebelum membenarkan pemberian vaksin secara walk-in, kita perlu memastikan semua penerima yang berdaftar melalui MySejahtera diberikan vaksin terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, kebenaran walk-in diberikan melalui program jerayawara (outreach) di kawasan luar bandar,” katanya.

HAJIJI NOOR

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini.

DR ROSE NANI MUDIN

Dalam pada itu, Rose Nani berkata, Sabah dijangka mampu mencapai sasaran 40,000 suntikan vaksin sehari susulan lebih banyak bekalan vaksin akan diterima bermula minggu ini.

Semalam, Sabah berjaya mencapai sasaran 30,000 suntikan vaksin sehari.

“Pada masa ini, kita sedang mengubah strategi pemberian vaksin dan cara agihan vaksin di kawasan yang mempunyai ramai populasi penduduk,” katanya.

Sabah akan terus menerima bekalan vaksin biarpun terdapat sedikit kelewatan kira-kira satu hingga dua dua hari, namun bekalan masih diterima.

Tambah beliau, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah meyakinkan individu yang tidak mahu menerima vaksin supaya mendaftar sebagai penerima.

Sementara itu, Hajiji berharap kerajaan Persekutuan dapat membekalkan vaksin yang mencukupi kepada Sabah bagi memastikan sasaran 60 peratus rakyat Sabah diberikan vaksin menjelang Oktober dapat dicapai.

“Kita berharap kerajaan Persekutuan dapat membekalkan vaksin yang lebih banyak ke Sabah kerana sekarang kita antara negeri yang terendah menerima vaksin.

“Ketika ini berlaku kelewatan dalam penghantaran vaksin ke Sabah jadi, kita berharap kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan dapat membekalkan vaksin yang diperlukan oleh Sabah dalam masa terdekat,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, PPV UMS dijangka akan meningkatkan pemberian vaksin daripada 1,000 dos sehari kepada 3,000 dos sehari bermula minggu hadapan.

Berdasarkan data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) semalam, terdapat 371,520 orang menerima vaksin lengkap Covid-19 di Sabah atau 13.5 peratus daripada jumlah individu yang berdaftar. Bagi penerima dos pertama pula membabitkan seramai 532,227 orang.

Turut hadir ialah Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya