Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas

Pasukan bomba dan APM mengangkat mayat kanak-kanak yang ditemukan lemas di sungai berhampiran Kampung Kuala Apas, Tawau hari ini. - IHSAN JBPM Sabah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seroang kanak-kanak berusia dua tahun ditemukan lemas pada jarak satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang di sungai berhampiran Kampung Kuala, Apas hari ini.

Mangsa dilaporkan hilang semasa keluar bersama ibunya kira-kira pukul 9.11 malam semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 9.11 malam dan sepasukan enam pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan semalam terpaksa ditangguhkan pada pukul 11.36 malam.

Operasi disambung semula pagi ini dengan membabitkan kerjasama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta orang awam.

Kemudian mangsa ditemukan pada jarak satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada 12.25 tengah hari tadi.

Hasil pengecaman ahli keluarga mendapati, mayat berkenaan adalah kanak-kanak yang dilaporkan hilang semalam.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN