Jakim keluarkan teks khutbah khas Aidiladha di rumah - Utusan Malaysia

Jakim keluarkan teks khutbah khas Aidiladha di rumah

UMAT Islam hadir untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di luar perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.-UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan teks khutbah khas bagi mereka yang menunaikan solat sunat Aidiladha di rumah berikutan jumlah had tertentu dibenarkan kepada jemaah di masjid dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Memetik teks khutbah itu, umat Islam diminta mengambil pengajaran dari kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail AS yang mana ujian terhadap ketundukan nabi Ibrahim AS terhadap perintah Allah SWT tidak berakhir dengan pengurniaan anak, bahkan, baginda terus diuji lagi apabila anak yang sekian lama dinanti-nantikan diperintahkan untuk dikorbankan.

Katanya, dek kerana tahap kepatuhan dan ketundukan tinggi terhadap perintah Allah SWT, maka, baginda berdua menerima perintah tersebut dengan hati yang redha dan ikhlas.

“Ingatlah bahawa usaha kita ini (patuh arahan kerajaan) juga bukanlah suatu usaha yang sia-sia. Ia juga merupakan pengorbanan yang pasti ada nilai dan ganjarannya di sisi Allah SWT.

“Tanggungjawab kita sekarang ialah memastikan diri kita, ahli keluarga kita, jiran-jiran kita dan masyarakat sekeliling terhindar dari jangkitan wabak. Itu juga merupakan tuntutan dalam Islam yang mesti kita penuhi,” katanya.

Dalam pada itu, khatib turut mengingatkan untuk semua terus bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan meninggalkan segala bentuk kemaksiatan dan hiburan melalaikan.

Katanya, sama-samalah bermunajat kepada Allah SWT agar mengangkat wabak dan musibah yang sedang melanda dan pada masa sama mengingatkan agar sentiasa peka dan prihatin dengan ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara-mara yang lain.

“Bantulah mereka jika memerlukan bantuan dan sokongan. Lebih-lebih lagi dalam Hari Raya Aidiladha ini, jika kita mampu melaksanakan ibadah korban, maka tunaikanlah ia dan dengan itu, kita dapat membantu fakir miskin dengan korban yang kita laksanakan.

“Mudah-mudahan, setiap pertolongan dan bantuan yang diberikan itu menjadi asbab semakin luasnya rahmat dan keberkatan Allah SWT kepada kita seterusnya mengangkat wabak ini dan menghilangkan musibah yang menimpa kita ketika ini. Insya-Allah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.