PETALING JAYA: Semua pemimpin UMNO termasuk 38 ahli Parlimennya digesa mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut parti yang dihadapi dengan mengutamakan kepentingan rakyat yang terkesan ekoran pandemik Covid-19 berbanding mengejar agenda politik masing-masing. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa berkata, setiap pihak perlu memikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi mengelakkan berulangnya krisis kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada awal 2020.…