Harga makanan ruminan naik, harga daging korban meningkat - Utusan Malaysia

Harga makanan ruminan naik, harga daging korban meningkat

Saipol Azimir (kanan) dan Pengerusi PPK Kuala Langat, Abdul Razak Khasbullah (dua dari kiri) memantau kerja ubah suai pusat penyembelihan korban selaras SOP Kampung Endah. UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT :  Tiba musim perayaan, pastinya harga barangan meningkat begitu juga daging korban yang didapati melonjak dalam memenuhi permintaan sempena Hari Raya Aidiladha, bulan ini.

Harga satu bahagian daging korban di sekitar daerah ini didapati meningkatkan sehingga RM750 berbanding RM650 sebelum ini.

Seorang penternak lembu, Saipol Azmir, 37, mendakwa perkara itu terjadi susulan peningkatan sehingga 30 peratus harga ruminan atau makanan haiwan terutama dedak berbanding harga sebelum ini kira-kira RM46 sekilogram.

Katanya, perkara itu bukan baharu sebaliknya dihadapi setiap tahun dengan pihak berkuasa sepatutnya mengawal kenaikan itu bagi memastikan kestabilan harga lembu khususnya untuk korban.

“Harga lembu seekor adalah RM4,500 pada tahun lalu. Bagaimanapun disebabkan kenaikan kos makanan telah menyebabkan harga lembu seekor mencecah RM4,850.

“Sekiranya, mengikut satu bahagian mungkin berlaku kenaikan sebanyak RM50 hingga RM100 sahaja,”katanya ketika lawatan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat, Abdul Razak Khasbullah di Pusat Penyembelihan miliknya di Kampung Endah hari ini.

Saipol berkata, pusat penyembelihan miliknya telah ditambah baik dengan kos RM50,000 bagi memastikan proses penyembelihan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) penjarakan fizikal.

Bagi seorang lagi penternak, Muhammad Faizol Harol Hisham,32, memberitahu, kenaikan harga daging turut didorong kos pematuhan SOP.

“Sebelum ini, kita hanya menjual lembu sahaja namun disebabkan pematuhan SOP pihak berkuasa kita perlu menambah kos penyembelihan.

“Kita perlu menyediakan tukang sembelih dan melapah sebelum daging diserah kepada pembeli. Bagi perkhidmatan kelas A boleh mencecah kos melebihi RM5,000 untuk dilapah dan diracik,” jelasnya.

Minggu lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan ibadah korban dibenarkan di negeri ini dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ibadah korban yang ketat tahun ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Pengumuman tersebut melegakan penternak yang menanti pengumuman tersebut sejak beberapa bulan yang lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN