Guru, pelajar serbu kedai fotostat - Utusan Malaysia

Guru, pelajar serbu kedai fotostat

HABIBULLAH E.M PAKIR MOHAMEED,58, menyusun salinan para pelanggan yang menggunakan perkhidmatan fotostat kedai Habib Trading di Jalan Hospital, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Selepas lebih sebulan hanya menjual akhbar, pemilik kedai buku dan alat tulis di negeri ini menarik nafas lega apabila kembali dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

Malah, seawal pukul 9 pagi, salah sebuah kedai buku, alat tulis, cetakan dan fotostat di sini tidak ‘menang tangan’ melayan pelanggan yang kebanyakkan ingin mendapatkan perkhidmatan cetakan dan fotostat.

Pemilik kedai Habib Trading, Habibullah E.M Pakir Mohameed, 58, berkata, kebanyakan pelanggan yang datang terdiri daripada guru dan juga ibu bapa pelajar yang menggunakan perkhidmatan tersebut untuk urusan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Katanya, sejak awal pagi sehingga tengah hari, lebih 30 pelanggan yang datang untuk urusan cetakan sahaja dan itu tidak termasuk mereka yang datang membeli alat tulis, buku dan pelbagai lagi kelengkapan lain.

“Ramai yang menzahirkan rasa lega kerana dapat melakukan urusan cetakan dan fotostat kerana bukan semua orang ada mesin cetak dan tambahan pula mesin fotostat di rumah.

“Jadi banyak urusan mereka tergendala sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas kedai cetakan, fotostat, alat tulis ini tidak dibenarkan beroperasi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Habibullah yang menjalankan perniagaan tersebut sejak 40 tahun lalu, sepanjang tempoh PKP dengan sekatan pergerakan penuh, dia hanya menjual surat khabar dan memperolehi pendapatan sekitar RM30 sahaja setiap hari.

“Walaupun dapat sikit tapi nak buat macam mana kena datang juga sebab kalau duduk di rumah pun tidak dapat buat apa-apa.

“Saya berharap, tidak ada lagi PKP sepenuhnya lagi selepas ini kerana ia ternyata memberi kesan terhadap pengusaha kecil seperti kami,” ujarnya.

Katanya lagi, sepanjang tidak boleh beroperasi, pendapatannya terjejas lebih 80 peratus. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya