Gadis berpakaian zaman silam ketika divaksin - Utusan Malaysia

Gadis berpakaian zaman silam ketika divaksin

HANAN Hashem berpakaian zaman silam ketika menerima suntikan Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Kuala Nerus hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Bagi mengabadikan kenangan menerima suntikan Covid-19, seorang gadis memilih penampilan zaman silam ketika hadir di pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini hari ini. 

Hanan Hashem, 30, dari Kampung Gelong Gajah, Padang Kemunting bukan sahaja  berkain batik malah turut memakai selendang dan pelitup muka dari fabrik sama.

Katanya, idea untuk memakai pakaian zaman silam itu timbul secara tiba-tiba dan walaupun pada mulanya berasa kurang yakin tetapi hasrat itu tetap diteruskan sebagai memori.

“Istimewanya, baju kurung dan kain batik  ini adalah milik arwah nenek, Mek Nor Ab. Rahman yang meninggal dunia pada 2013. 

“Ini merupakan kali pertama saya berpakaian sebegini dan walaupun ada yang pelik melihat saya tetapi tiada apa yang perlu dimalukan kerana batik adalah identiti Terengganu,” katanya ketika dihubungi pemberita. 

Hanan menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 selepas membuat pendaftaran di aplikasi MySejahtera pada 1 Mac lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya