Doakan kesejahteraan PM, seluruh rakyat - Utusan Malaysia

Doakan kesejahteraan PM, seluruh rakyat

AL-SYEIKH ABDUL HALIM ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mendoakan kesihatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima rawatan di hospital agar diberikan kesembuhan dan dapat kembali semula bertugas memimpin negara.

Yang Dipertuanya, Datuk Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, pada masa sama, kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia didoakan agar dijauhi daripada wabak covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia.

Beliau berkata, semua pihak perlu bersama menangani Covid-19 dan terus berwaspada dengan perkembangan semasa.

“Ini terutamanya apabila Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan terdapatnya varian baharu Covid-19 yang cepat tersebar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri dilaporkan masih menerima rawatan di hospital akibat jangkitan pada sistem penghadaman.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan Perdana Menteri itu berada dalam keadaan stabil dan bertambah baik dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya