PETALING JAYA: 110 ahli Parlimen yang masih menyokong kerajaan perlu dibawa dan dibuktikan sokongannya di Parlimen bagi menjelaskan lagi kedudukan kerajaan kepada rakyat. Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan), Pusat Polisi Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Muhammad Fathi Yusof berkata, dalam situasi mutakhir ini, kaedah untuk menentukan sama ada seseorang Perdana Menteri itu hilang sokongan atau sebaliknya adalah melalui pengundian di Parlimen. Katanya, kaedah yang berlaku melalui kenyataan…










