Bantuan khairat kematian akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Bantuan khairat kematian akibat Covid-19

DR. SITI MARIAH MAHMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Berikutan peningkatan kes kematian akibat wabak pandemik Covid-19 di Selangor, kerajaan negeri mengambil inisiatif mewujudkan bantuan khairat kematian berjumlah RM1,000 kepada rakyat yang meninggal dunia akibat pandemik itu.

Inisiatif itu diwujudkan selaras dengan Pakej Kita Selangor 2.0 bagi membantu kira-kira 1,500 keluarga yang terdiri daripada rakyat atau permastautin yang tinggal sekurang-kurangnya 10 tahun di sini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

Bantuan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud, yang memaklumkan skim berkenaan boleh dimohon bagi kematian pada 2021 dan ke atas.

Penyaluran bantuan RM1,000 akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat permohonan yang diterima adalah lengkap.

“Permohonan bagi bantuan ini akan dibuka bermula esok hingga 12 Ogos ini, menerusi laman sesawang https://www.selangorprihatin.com. Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini boleh disalurkan menerusi talian hotline 24 jam, 1-800-22-6600,” katanya dalam hantaran Facebooknya semalam.

Selangor sejak beberapa minggu kebelakangan ini mencatatkan jumlah jangkitan harian baharu Covid-19 yang tinggi, malah kes kematian juga berada pada tahap sama dengan rekod terbaharu dikeluarkan semalam adalah 34 kes.

Sementara kelmarin pula, sebanyak 50 kes kematian direkodkan. Jumlah kes baharu dicatatkan semalam di negeri itu adalah sebanyak 4,682 kes meningkat sebanyak 405 atau 8.6 peratus berbanding kelmarin iaitu 4,277 kes.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN