Aktivis wanita didakwa buat komunikasi jelik - Utusan Malaysia

Aktivis wanita didakwa buat komunikasi jelik

Heidy Quah Gaik Li ketika hadir di Mahkamah Sesyen di ibu negara hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang aktivis wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat komunikasi jelik berhubung dakwaan penganiayaan pelarian di pusat tahanan Imigresen.

Bagaimanapun Heidy Quah Gaik Li, 27, yang juga pengasas Refuge for the Refugees selaku Orang Kena Saman (OKS)  mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan  dibacakan di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.

Mengikut pertuduhan, Heidy Quah didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook dengan menggunakan nama profil ‘Heidy Quah’.

Hantaran itu dibuat pukul 5.30 pagi pada 5 Jun tahun lalu yang kemudian dibaca pada 10 Jun pukul 3.30 petang di Pejabat Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad menawarkan jaminan RM7,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun peguam New Sin Yew yang mewakili Heidy Quah memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya merupakan seorang aktivis dan tiada risiko melarikan diri.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak mahkamah kemudian membenarkan OKS diijat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 6 September ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Pada Julai tahun lalu, media melaporkan Heidy Quah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung hantaran di Facebooknya berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan Imigresen. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya