Aksem bubar, PGA Briged Utara terima anggota tambahan - Utusan Malaysia

Aksem bubar, PGA Briged Utara terima anggota tambahan

MOHD. NOH KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara dijangka menerima pertambahan anggota susulan penyerapan masuk pegawai dan anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) yang dibubarkan baru-baru ini.

Timbalan Komander Briged Utara, Asisten Komisioner Mohd. Noh Khamis bagaimanapun berkata, jumlah keanggotaan itu masih belum dimuktamadkan dan hanya diketahui setelah penstrukturan semula selesai dilakukan.

Katanya, setakat ini, lebih 400 pegawai dan anggota bertugas menjaga sempadan negara di bahagian utara iaitu di Aksem Padang Besar, Perlis; Aksem Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Aksem Pengkalan Hulu, Perak.

“Dijangka memang ada penambahan anggota, cuma bilangan yang diserapkan ke PGA belum dibincangkan lagi.

“Sekarang, mereka masih berada di formasi masing-masing walaupun secara dasarnya Aksem telah ditempatkan di bawah PGA cuma dari segi penugasan belum diselaraskan lagi,” katanya dalam sidang akhbar di PGA Briged Utara di Ulu Kinta di sini hari ini.

Menurut beliau, Aksem dijangka di bawah kawalan penuh PGA pada masa terdekat setelah diumumkan bubar pada 30 Jun lalu.

Sementara itu, mengulas pembubaran Aksem, beliau berkata, keputusan meletakkan kawalan sempadan negara di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi PGA akan memudahkan penugasan anggota. 

Katanya, langkah itu juga lebih mudah kerana anggota hanya perlu mendengar arahan daripada satu pihak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada 30 Jun lalu dilaporkan berkata, tugasan kawalan sempadan diambil alih sepenuhnya oleh PDRM susulan pembubaran Aksem.

PDRM melalui PGA akan meneruskan semua fungsi dan peranan dilaksanakan Aksem di seluruh sempadan negara dengan menggunakan tuntutan undang-undang sedia ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya