61 individu ditahan curi bekalan elektrik - Utusan Malaysia

61 individu ditahan curi bekalan elektrik

Kesemua individu yang ditahan kerana terlibat dalam mencuri bekalan elektrik di Kampung Bawang, Kolombong di Kota Kinabalu semalam-IHSAN IPD Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiga lelaki yang dipercayai dalang penyambungan bekalan elektrik secara haram antara 61 individu ditahan dalam Op Bersepadu di kawasan setinggan Kampung Bawang Kolombong, semalam.

Dalam operasi yang dijalankan bermula 5 pagi hingga 11 pagi semalam, 39 lelaki dan 22 perempuan ditahan kerana terlibat dalam mencuri bekalan elektrik.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, pihaknya berjaya 61 individu yang berusia 16 hingga 60 tahun termasuk tiga lelaki yang dipercayai menjadi dalang kepada penyambungan elektrik secara haram itu.

Operasi berkenaan dilaksanakan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Berdasarkan maklumat awal, ketiga-tiga suspek ini dipercayai mengenakan sejumlah bayaran kepada mereka yang ingin melakukan penyambungan elektrik selepas bekalan elektrik dipotong oleh SESB.

“Modus operandi mereka adalah menggunakan teknik ‘pancing’ iaitu dengan cara menggantung suatu cangkuk besi di kabel pencawang utama.

“Jika dilihat di kawasan setinggan itu didapati banyak sambungan wayar atau kabel yang dipasang secara bahaya. Apa yang lebih membimbangkan terdapat wayar dan kabel elektrik yang berada dalam takungan air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam operasi itu, pihaknya turut merampas kabel elektrik pelbagai jenis dianggarkan seberat 30 kilogram yang digunakan untuk penyambungan elektrik secara haram.

Jelas beliau, semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya