6,000 orang terima bakul makanan menerusi dana Pemulih - Utusan Malaysia

6,000 orang terima bakul makanan menerusi dana Pemulih

(Dari kiri) VIVIAN WONG, NOORITA SUAL dan CHAN FOONG HIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bantuan bakul makanan kepada rakyat di kawasan Parlimen pembangkang akan mula dipergiatkan dengan kemasukan peruntukan RM300,000 di bawah Pakej Pemulihan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Ahli-ahli Parlimen DAP Sabah menyatakan langkah segera sudah diambil bagi mengenal pasti penerima yang layak mendapat bakul makanan dan penghantaran segera akan dilakukan.

Menerusi kenyataan bersama Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual dan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee memberi jaminan agihan bantuan bakul makanan akan diagihkan kepada penerima yang layak.

Saringan permohonan akan dilakukan bagi memastikan tiada pertindihan dan pemberian bantuan bukan berdasarkan ‘siapa dulu memohon, dia dapat’.

“Kami ingin menyeru kepada mereka yang sudah menerima bantuan makanan supaya tidak memohon kali kedua agar mereka yang lebih layak dapat menerima bantuan tersebut.

“Bagaimanapun, kami sudah menjelaskan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk mengurangkan nilai setiap bakul makanan daripada RM 100 kepada RM50.

“Langkah ini bagi membolehkan agihan diberikan kepada lebih ramai penerima. Jadi penerima dapat ditingkatkan daripada 3,000 kepada 6,000 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka menyatakan setiap kawasan Parlimen mempunyai keadaan yang berbeza jadi agihan bantuan perlu mengambil kira kos pengangkutan dan logistik lain.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN