153 kematian; 909 kes ICU; 124,593 kes aktif - Utusan Malaysia

153 kematian; 909 kes ICU; 124,593 kes aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekod penurunan kes positif Covid-19 iaitu 10,710 kes berbanding semalam,12,528 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,778 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 153 kematian dicatatkan dengan 909 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 445 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 124,593 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,828 kes diikuti Kuala Lumpur (945), Johor (808), Negeri Sembilan (771), Kedah (696), Sabah (666), Perak (407), Pahang (369), Pulau Pinang (295), Melaka (289) dan Sarawak (261).

“Hanya dua negeri mencatatkan kes di bawah 200 iaitu Kelantan (146) dan Terengganu (123).

“Dua wilayah pula merekodkan kes dua angka, Putrajaya (51) dan Labuan (50) manakala Perlis, hanya lima kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya