PUTRAJAYA: Malaysia merekod peningkatan semula kes positif Covid-19 sebanyak 17,405 kes berbanding semalam, 16,117 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 12,373 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 143 kematian dicatatkan dengan 1,016 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 529 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 175,113 kes aktif.
“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 7,171 kes diikuti Kuala Lumpur (2,880), Kedah (1,112), Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Kelantan (532), Melaka (531), Terengganu (490), Sarawak (464), Pahang (429) dan Perak (406).
“Dua Wilayah pula merekodkan kes dua angka iaitu Putrajaya (68) dan Labuan (16) manakala Perlis, hanya tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE