Timbalan Ketua Polis Negara diumumkan sehari dua lagi - Utusan Malaysia

Timbalan Ketua Polis Negara diumumkan sehari dua lagi

HAMZAH Zainuddin (belakang tiga kiri) ketika hadir meninjau pusat saringan di KLIA pada sesi walkabout di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG : Calon yang bakal mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara akan diumumkan dalam masa sehari dua ini,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, pihaknya sudah ada beberapa nama sebagai cadangan dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, boleh kita umumkan tidak lama lagi, dalam sehari dua ini. Tapi kena tunggu waktu pengumuman esoklah,” katanya ringkas mengulas mengenai kekosongan jawatan nombor dua dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

Sebelum ini, beberapa nama disebut-sebut untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 3 Mei lalu.

Antara nama yang disebut ialah Datuk Seri Mazlan Lazim atau Datuk Razarudin Husain, 59,.  Mazlan adalah Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman manakala Razaruddin ialah Pengarah Jabatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, peralatan kamera badan bagi anggota polis yang perolehan sepatutnya dilaksanakan tahun ini tergendala berikutan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun katanya, sebaik proses tender selesai dan perolehan peralatan itu dimuktamadkan, pihaknya akan menyegerakan pemakaian kamera badan dalam aktiviti penguatkuasaan.

Perolehan kamera badan di bawah pelan pelaksanaan pemasangan kamera badan itu membabitkan cadangan perolehan sebanyak 2,168 unit kamera jenis 4G.

Jelasnya, beliau komited dengan adanya teknologi canggih ini dapat digunakan yang antara lain memberi kesan positif serta mampu mengurangkan kes aduan, perbuatan salah laku dan rasuah dalam kalangan anggota di lapangan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya