SPRM sedang kesan dua lelaki Belanda, Myanmar - Utusan Malaysia

SPRM sedang kesan dua lelaki Belanda, Myanmar

SPRM Negeri Sembilan sedang mengesan sedang mengesan warga Myanmar, Jaber Hamid Husson (kiri) dan warga Belanda, Pieter Jan Eimers bagi membantu siasatan kes rasuah berasingan. - FOTO/IHSAN SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan sedang mengesan dua individu iaitu masing-masing seorang lelaki warga Belanda dan Myanmar bagi membantu siasatan kes rasuah berasingan.

SPRM dalam kenyataan memberitahu, individu pertama tersebut ialah, Pieter Jan Eimers, 61, seorang lelaki warganegara Belanda yang memegang pasport bernombor BA0223039 dan mempunyai alamat terakhir di No. 14, Preston Road, Singapore 117612.

Individu berkenaan dikesan kali terakhir ketika memasuki Malaysia pada 3 Mei 2007.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Zabir Sharif di talian 013-216 8343/06-762 5446 atau emel kepada [email protected],” kata kenyataan itu lagi.

Seorang lagi sedang dikesan ialah Jaber Hamid Husson, 28, seorang lelaki warga Myanmar yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bernombor 354-00287837.

“Individu berkenaan mempunyai alamat terakhir di No.50, Lorong 7, Taman Jujur, Sikamat, 70400 Seremban.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Shamin AizatAzmi di talian 017-9541048/06-762 5446 atau emel kepada [email protected],” kata kenyataan itu lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.