fbpx

25 September 2021, 9:13 pm

  TERKINI

‘Rasa terpanggil beri bantuan’ – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, mengambil inisiatif membantu barisan hadapan Hospital Melaka dengan memberikan sumbangan berupa kelengkapan katil bernilai hampir RM100,000.

Menurut kenyataan, inisiatif tersebut merupakan sumbangan pertama yang diusahakan sendiri atas rasa tanggungjawab serta prihatin terhadap peningkatan kes Covid-19 serta kekurangan katil di hospital-hospital utama.

“Rasa terpanggil untuk beri bantuan terutama apabila melihat keadaan hospital yang semakin sesak kerana terpaksa menampung jumlah pesakit COVID-19 yang ramai

“Jadi saya memainkan peranan membantu komuniti dan rakyat Malaysia, sekali gus cuba untuk menangani pandemik ini.

“Saya harap dengan sumbangan yang kecil dan tidak seberapa ini dapat melancarkan proses pemulihan pesakit-pesakit Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa juga merancang untuk memberikan sumbangan kepada beberapa lagi hospital utama di seluruh Malaysia serta berharap sumbangan tersebut dapat memberi kemudahan kepada barisan hadapan.

Selanjutnya, Neelofa turut ingin membantu mereka yang terjejas akibat pandemik. Justeru, dia menyarankan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pertubuhan Kasih Neelofa menerusi media sosial rasmi.

POPULAR

KOSMO! TERKINI