Projek pembinaan jalan luar bandar Pahang, bakal dilaksana - Utusan Malaysia

Projek pembinaan jalan luar bandar Pahang, bakal dilaksana

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Projek pembinaan jalan luar bandar dari Kampung Mat Daling, Jerantut hingga Kampung Pasir Raja Dungun, sepanjang 52.55 kilometer bakal dilaksanakan di bawah perancangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laluan itu merupakan sebahagian daripada projek sambungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) (2016-2020) sebelumnya.

Menurutnya, jalan luar bandar dimaksudkan ialah Jalan Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu ke Kampung Mat Daling, Jerantut yang mana 40 kilometer daripadanya ialah sempadan Pahang-Terengganu hingga ke Kampung Mat Daling.

“Jalan ini ialah dua fasa terakhir di bawah perancangan KPLB bagi melengkapkan jalan luar bandar antara kampung dari daerah Jerantut ke daerah Dungun di Terengganu, ia merupakan laluan dua lorong dengan lebar 6.5 meter serta berturap.

“Pembinaan jalan itu turut melibatkan pembinaan 12 buah jambatan termasuk 10 buah terletak antara sempadan Pahang-Terengganu dan Kampung Mat Daling,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, setelah mendengar taklimat Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, beliau berpuas hati tentang projek pembinaan jalan luar bandar di negeri ini.

“MMK telah memaklumkan setakat ini, status pelaksanaannya masih pada peringkat perolehan termasuk rundingan tentang kos sebelum dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan.

“Adalah diharapkan projek ini berjalan lancar dan sebaik-baik mendapat keputusan Kementerian Kewangan supaya JKR dapat menggerakkan usaha untuk memula dan menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan demi manfaat rakyat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya