fbpx

Polis buru lima penyamun

LIMA orang penyamun yang menjadi buruan polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG :  Polis sedang memburu lima anggota kumpulan penyamun yang merompak dua mangsa di sebuah pejabat di Klang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, semasa kejadian, mangsa sedang berbincang mengenai urusan kerja tiba-tiba didatangani kumpulan penyamun itu, yang terdiri daripada lapan orang anggota.

“Kesemua suspek meluru masuk ke dalam pejabat lalu memukul mangsa menggunakan batang besi, rantai besi dan kerusi kira-kira pukul 3 pagi.

“Selain merampas dua rantai emas milik salah seorang mangsa, suspek telah membuat transaksi pindah milik sejumlah wang daripada akaun mangsa setelah mengambil kad mesin pengeluaran automatik (ATM) mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bertindak daripada laporan dibuat mangsa, Shamsul Amar berkata, anggotanya telah melakukan operasi dan berjaya menahan tiga anggota kumpulan terbabit di sekitar Klang kira-kira pukul 10.50 malam pada hari yang sama.

Menurutnya, kesemua ditahan berumur lingkungan 25 hingga 35 tahun berkenaan didapati mempunyai rekod jenayah lampau iaitu jenayah menipu, mengugut, mencederakan orang awam menggunakan senjata dan lain-lain lagi.


“Kita juga berjaya merampas sebatang besi vakum, sebuah kamera litar tertutup (CCTV) dan sebuah telefon pintar.

“Kesemua suspek telah direman selama lima hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Sementara itu, Shamsul berkata, polis kini giat memburu lima lagi anggota kumpulan berkenaan, iaitu R. Loganathan, 35, J. Sivasanggar, 33, S. Gunasegaran, 32, P.Edwin, 30 dan M. Nokarju, 25. – UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI