Pintas Utama beri 1,000 vaksin untuk pekerja, keluarga - Utusan Malaysia

Pintas Utama beri 1,000 vaksin untuk pekerja, keluarga

PROGRAM vaksinasi melalui Selangkah Vax bertujuan membantu kerajaan dalam mencapai imuniti kelompok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pintas Utama terus mempergiat usaha memastikan lebih ramai rakyat menerima vaksin Covid-19 dengan memberikan sebanyak 1,000 dos kepada kakitangan mereka dan ahli keluarga terlibat.

Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Ir. Marhalim Mohamed berkata, program vaksinasi melalui Selangkah Vax itu turut bertujuan membantu kerajaan dalam mencapai imuniti kelompok pada tahun ini.

“Pemberian vaksin pertama pada kakitangan dan ahli keluarga bermula pada hari ini manakala dos kedua dijangka lengkap pada pertengahan Julai.

“Oleh itu, pemberian vaksin terbabit menunjukkan syarikat begitu prihatin terhadap kakitangan yang berdepan dengan risiko jangkitan Covid-19 sewaktu datang bekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Marhalim berkata, pemberian vaksin itu juga merupakan satu langkah proaktif pihaknya yang menitikberatkan aspek kesihatan dan keselamatan kakitangan yang berada di pejabat serta tapak projek.

“Industri pembinaan turut terjejas berikutan Covid-19, jadi pemberian vaksin itu merupakan inisiatif membaik pulih industri serta membantu menaikkan semula ekonomi negara.

“Kami turut menggariskan prosedur operasi standard yang ketat sepanjang beroperasi bagi mengurangkan kebolehjangkitan Covid-19 dalam kalangan kakitangan,” jelasnya.

 Katanya, pihaknya juga merupakan sebahagian daripada sektor ekonomi perlu dan perkhidmatan penting yang menjalankan tugas menyelenggara cerun-cerun di Semenanjung Malaysia. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN