Pemimpin kerajaan minta Pemuda UMNO jangan ikut rentak pembangkang - Utusan Malaysia

Pemimpin kerajaan minta Pemuda UMNO jangan ikut rentak pembangkang

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang pemimpin UMNO yang berjawatan tinggi dalam kerajaan meminta Pemuda UMNO agar tidak terikut-ikut dengan rentak politik pembangkang dengan membuat pelbagai tuntutan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pemimpin itu berkata demikian sewaktu berbual-bual dengannya semalam dan beliau juga menjelaskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai rating popular dan naratif #kerajaangagal hanya mainan persepsi pembangkang.

“Jawab saya, Pemuda UMNO akan terus bersuara untuk rakyat kerana realiti di bawah, mereka amat susah, tertekan dan terdesak. Hari-hari kami terima keluhan dan maklum balas minta Pemuda UMNO terus berjuang dan bersuara untuk mereka.

“Pemuda UMNO juga tidak peduli sama ada PM (Perdana Menteri) popular ataupun tidak, yang penting saya sebut kepada sahabat saya ini yang turut berada dalam Kabinet, mintalah PM mendengar segala tuntutan rakyat mengenai moratorium, i-Sinar, i-Lestari, bantuan tunai tambahan, diskaun bil-bil utiliti dan kawalan harga barang keperluan asas yang mencanak naik di kala pendapatan rakyat amat terjejas,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Jelas Asyraf Wajdi lagi, berkenaan sentimen #Kerajaangagal, Pemuda UMNO tidak mempedulikan persepsi itu asalkan kerajaan mengambil serius dan tuntutan rakyat.

“Lagipun bukan pemimpin, menteri mahupun Pemuda UMNO yang berhak menilai #kerajaangagal ataupun tidak, akhirnya rakyat yang berhak menilainya,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya