MIECC PPV mega ke-7 dibuka Isnin ini - Utusan Malaysia

MIECC PPV mega ke-7 dibuka Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Satu lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di Lembah Klang iaitu MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC) di Seri Kembangan akan mula beroperasi Isnin ini dalam usaha untuk menyegerakan Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

 

Bagaimanapun, katanya, jumlah itu akan ditambah secara berperingkat dalam masa terdekat.

“Janji temu di PPV MIECC yang bermula dari 9 pagi sehingga 8 malam sedang dikeluarkan ketika ini dan orang ramai diminta untuk menyemak aplikasi MySejahtera mereka bagi mendapatkan butiran janji temu vaksinasi masing-masing.

“Mereka yang diberikan janji temu dinasihatkan untuk sebaik-baiknya hadir tidak terlalu awal, sebaliknya tiba di MIECC 30 minit sebelum waktu janji temu bagi mengelakkan kesesakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut CITF, MIECC adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkasakan kadar vaksinasi dengan pembukaan enam PPV mega (PPV
berkapasiti besar) seperti Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Axiata Arena, Setia City Convention Centre (SCCC) dan UiTM Puncak Alam.

Jelasnya, secara keseluruhannya, seramai 30,000 orang boleh divaksinasi setiap hari melalui tujuh PPV ini.

“Pembukaan MIECC adalah sejajar dengan komitmen kerajaan dalam memastikan kadar vaksinasi terus dikekalkan secara konsisten bagi mempercepatkan program vaksinasi negara untuk membendung penularan wabak Covid-19.

“Setakat ini, kadar vaksinasi negara telah mencecah paras 150,000 dos sehari dan kerajaan menyasarkan untuk terus mempertingkatkan usaha vaksinasi bagi mencapai jumlah suntikan 200,000 dos sehari dalam masa terdekat,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai janji temu boleh diajukan ke platform berikut: MySejahtera Helpdesk : mysejahtera.malaysia.gov.my/help/

Laman web (semakan janji temu) : www.vaksincovid.gov.my/semak-status/Pusat Panggilan PICK : 1800-888-828

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.