Kongres PKR bukan keutamaan - Saifuddin - Utusan Malaysia

Kongres PKR bukan keutamaan – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menangguhkan Kongres Nasional Tahunan Keadilan Ke-15 yang sepatutnya berakhir hari ini kerana ia bukan aktiviti sosial penting. 

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, surat daripada MKN menyatakan secara jelas arahan penangguhan itu berasaskan kepada sekatan pergerakan penuh sedang berjalan sehingga 14 Jun ini. 

“Aktiviti sosial yang tidak diletakkan dalam kategori keutamaan tidak dibenarkan dan kerana itu kongres PKR diarah supaya tangguh.

“Kemudian perenggan berikutnya menyatakan kegagalan atau ketidakpatuhan kepada arahan ini boleh membawa tindakan mengikut Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu 2021,” katanya dalam ucapan sempena Amanat Khas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebooknya hari ini. 

Amanat khas yang berlangsung pada pukul 11 pagi tadi sebagai menggantikan perasmian kongres parti secara maya yang sepatutnya berakhir hari ini dengan ucapan penggulungan Anwar bersama persidangan perwakilan parti. 

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak dapat berbuat demikian setelah MKN menangguhkan kongres tersebut kepada 30 Jun ini berdasarkan pandangan diterima parti daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). 

Semalam, Ketua Setiausaha Pengelola merangkap Pengarah Kongres, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan tergempar memaklumkan kongres parti tidak dapat diteruskan berikutan MKN menangguhkannya pada saat akhir seperti yang tertera pada surat bertarikh 4 Jun pukul 6.21 petang. 

Katanya, arahan terbaharu itu bercanggah dengan surat mereka bertarikh 27 Mei lalu yang menyatakan MKN tiada halangan terhadap penganjuran kongres berkenaan secara dalam talian sepenuhnya. 

Kongres PKR berlangsung selama tiga hari bermula bermula 4 Jun lalu dengan ucapan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diikuti ucapan dasar Ketua Wanita, Datuk Fuziah Salleh manakala Kongres Angkatan Muda, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berucap pada hari kedua semalam.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, parti akur dengan keputusan itu namun tetap membantah dan menegaskan PKR telah bersiap sedia untuk mengadakan kongres berkenaan. 

“MKN mengarahkan PKR mengadakan kongresnya selepas 14 Jun, manakala ROS memberi tempoh hingga 30 Jun, tertakluk kepada keadaan PKP 3.0 ketika itu,” katanya.  -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya