Kerajaan dengar suara rakyat mohon bantuan - Tengku Zafrul - Utusan Malaysia

Kerajaan dengar suara rakyat mohon bantuan – Tengku Zafrul

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan melalui Kementerian Kewangan sentiasa mempertimbangkan cadangan dan penyelesaian bagi mengharungi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan baru-baru ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya sedar bahawa semua pihak memerlukan bantuan bagi mengharungi fasa satu dan fasa-fasa seterusnya PPN.

“Ingin saya tekankan bahawa kerajaan sentiasa mempertimbangkan semua cadangan dan penyelesaian yang dikemukakan.

“Salah satu permintaan yang sering kami terima ialah pelanjutan program i-Sinar dan i-Lestari,” katanya menerusi laman sosial Facebook, hari ini.

Semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menganjurkan Sesi Zoom bersama beberapa orang influencer dalam kalangan rakyat bagi mendengar secara terus suara rakyat tanpa sebarang tapisan.

Selain para influencer, mereka turut menjemput peserta daripada kumpulan Facebook yang khusus memfokus kepada i-Sinar, i-Lestari dan bantuan-bantuan kerajaan.

Menurut beliau, kerajaan memahami dan bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi rakyat, malah beliau secara peribadi juga mempunyai kenalan dan saudara yang memohon i-Lestari dan i-Sinar dalam menghadapi cabaran masa ini.

“Pada masa yang sama, ada juga pencarum dan pengulas ekonomi yang mengkritik kerajaan kerana mereka tidak mahu dividen dan simpanan hari tua rakyat tergugat disebabkan kerajaan membenarkan pengeluaran secara besar-besaran dari KWSP.

“Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah, ada pelbagai suara menyokong dan membantah. Kami akan cuba untuk mencari penyelesaian yang mampu memenuhi keperluan semua pihak,” katanya.

Tambah beliau, pihak KWSP dan kementeriannya sentiasa mendengar luahan dan keluhan rakyat.

“Sesi itu adalah sebahagian usaha kami untuk mendapatkan maklumbalas bagi membentuk dasar dan inisiatif yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.

“Baru kelmarin saya bermesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah dan pengurusan kanan KWSP bagi memperhalusi bantuan yang sesuai untuk PPN,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya