‘Kena beri telefon pintar berkualiti rendah?’- Pejuanita - Utusan Malaysia

‘Kena beri telefon pintar berkualiti rendah?’- Pejuanita

DR. NURUL ASHIKIN MABAHWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Pejuanita Muda (Penaja) Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mempertikaikan tindakan kerajaan Perak memberi sumbangan telefon pintar berkualiti rendah secara percuma kepada pelajar B40 dengan alasan bagi  mengelakkan bermain permainan video.

Ketuanya, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi berkata, alasan tersebut tidak munasabah memandangkan sepanjang tempoh sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dijalankan peranti merupakan keperluan yang sangat penting dan menjadi tanggungjawab kerajaan membekalkannya kepada pelajar yang tidak mampu. 

Katanya, walaupun telefon terbabit merupakan sumbangan Yayasan YTL namun, kerajaan tidak seharusnya mengambil tindakan sambil lewa dan terus memberikannya kepada pelajar tanpa pemeriksaan keselamatan.

“Akhir-akhir ini tular di media sosial mengenai telefon pintar dibekalkan kerajaan pada pelajar terbakar ketika digunakan. Ada juga yang menyatakan bahawa telefon pintar yang diberikan cepat panas.

“Perkara ini berlaku kerana kerajaan memberi telefon yang tidak berkualiti kepada pelajar. Alasan bagi mengelakkan pelajar bermain  permainan video sangat tidak munasabah kerana telefon terbakar dengan kemungkinan meletup sangat brbahaya kepada pelajar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad menjelaskan 20,000 unit  telefon pintar jenama YES yang disumbangkan oleh Yayasan YTL bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani mempunyai spesifikasi rendah  memadai untuk pelajar mengikuti sesi PdPR.

Tambah Nurul Ashikin, kerajaan negeri sepatutnya menggunakan peruntukan RM2 bilion di bawah Program Jaringan Prihatin sebaik mungkin untuk membekalkan komputer riba kerana skrin yang luas lebih sesuai untuk pembelajaran. 

“Janji 150,000 komputer riba juga tidak tertunai lagi. Kemiskinan digital telah dibangkitkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak tahun lepas lagi, namun kita tidak nampak tindakan agresif kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

“Pejuanita Muda  menggesa kerajaan mengutamakan nyawa dan keselamatan pelajar dan mengganti semua telefon pintar terbabit dengan tablet yang berkualiti,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya